Monday, May 18, 2009

PROJET dan ANDA!!!


Apa yang menarik tentang PROJET ini suatu ketika dahulu? Berikut adalah fakta-fakta yang dapat dikaitkan antara PROJET dan ANDA:-

1. PROJET ni tempat yang paling cool pasal dia ada DESTINA, kedai 24 jam ala-ala 7-11, tu yang aktiviti melepak jadi makin menarik kat sini. Boleh makan-makan, minum-minum, shopping.. Boleh datang lepak tak tentu hala bila-bila masa walaupon bukan bertujuan untuk mengisi minyak.

2. Tempat yang sesuai untuk bawa awek lepak malam-malam. Kalau tak percaya, tanya Pakli, tanya Jangkang, tanya Apeng, tanya la siapa-siapa yang ada awek time tu. Kalau tanya Banjar, dia yang selalu try nak ngurat awek cashier DESTINA tu, tapi selalu keciwa la pasal muka Banjar macam perogol, terdesak sangat nak awek.

3. Port untuk berkumpul sebelum pegi konvoi ramai-ramai. Baru boleh isi minyak full tank, boleh beli air dengan makanan buat bekal dalam perjalanan pegi air terjun ker, balik kampung ker, pergi kenduri kat Pontian ker, pergi ronda-ronda bandaraya ker...

4. Lokasi yang sesuai untuk sesi fotografi, seperti gambar-gambar dibawah ini...



Tapi sekarang PROJET sudah ditukar kepada SHELL, DESTINA pon sudah diganti dengan 7-ELEVEN. Suasana sudah tidak sehebat dahulu lagi, zaman telah berubah.....

No comments:

Post a Comment