Tuesday, July 21, 2009

Tragedi Raya Haji (mungkin dalam tahun 2003).

Perjalanan hidup seorang "wonderPet" bermula malam sebelum Raya Haji sehingga la selepas Raya Haji (mungkin dalam tahun 2003).

Malam sebelum raya: Baru sampai umah makcik Kudut. Masing-masing enjoy, makan-makan, hisap rokok, maki hamun, mencarut, dan sebagainya. "wonderPet" tiada di dalam gambar kerana beliau yang sedang merakamkan aksi diatas.

Malam sebelum raya: Pesediaan untuk melepak di Stulang. Berlatih bersembunyi di sebalik tembok sekiranya dikejar oleh pihak berkuasa, mungkin kerana ekzos bising(Pesot), Wheelie tak tentu hala(Kome) atau disyaki pendatang(HYM). "wonderPet" tiada di dalam gambar kerana beliau yang sedang merakamkan aksi diatas.

Malam sebelum raya: Percubaan mencuri beras di stesen minyak oleh Wan Palong, tetapi berjaya ditahan oleh attendan pam yang sedang bertugas, case closed (settle tepi). "wonderPet" tiada di dalam gambar kerana beliau yang sedang merakamkan aksi diatas.

Malam sebelum raya: Tiba di restoren apakejadah namanya di Stulang. Kelihatan Tahir sedang membelai HYM dengan manja (mungkin ada skandal). "wonderPet" ada di dalam gambar.

Malam sebelum raya: Aksi manja 3 orang adik beradik lain mak lain bapa sedang bergurau senda. Yang sulung bergurau dengan yang bongsu, yang angah mungkin merajuk. "wonderPet" tiada di dalam gambar, mungkin dia yang rakam aksi ini.

Malam sebelum raya: Aksi yang jarang dapat dilihat oleh semua, HYM menggunakan sistem NOSnya untuk pembakaran shisha yang lebih sempurna. "wonderPet" tiada di dalam gambar, mungkin dia yang rakamkan aksi ini.

Malam sebelum raya: Setelah pulang dari Stulang. Tidur di rumah makcik Kudut. Aksi di atas dirakam sebelum masing-masing tidur bersepah. "wonderPet" ada di dalam gambar.

Pagi raya: Aksi selepas Sembahyang Raya atau lebih tepat lagi selepas membelasah lauk-lauk raya dan sedang bersiap-siap untuk pulang ke Cahaya Masai. Rahsia didalam beg kuning (mengandungi lauk-pauk yang ditapau oleh HYM secara curi-curi) dipikul oleh Toy, nampak berat sekali. "wonderPet" ada di dalam gambar.

Tengahari raya: Singgah di rumah Ajib Kusam, membelasah segala jenis hidangan yang disediakan tanpa belas ihsan. "wonderPet" tiada di dalam gambar, dia yang rakam kot.

Tengahari raya: Aksi yang tidak dapat dipastikan sama ada menyudu makanan atau menyudu hidung sendiri oleh HYM. Wan Palong tak berapa nak berkenan dengan aksi tersebut tapi Taher seperti teruja (mungkin ada skandal). "wonderPet" tiada dalam gambar, dia juga yang rakam ni.

Petang raya: Suka ria di Hari Raya Haji diakhiri dengan aksi gimnastik oleh Pesot. "wonderPet" ada di dalam gambar, tapi dari raut wajahnya seperti ada yang tidak kena, kenapa ya???

SEBAB.......
/
/
/
/
/
/
/
/
Dalam ramai-ramai yang enjoy, makan-makan, maki hamun, mencarut, hisap rokok, hisap shisha, tidur bersepah, merempit, Wheelie tak tentu hala, curi beras, dan melepak kat Stulang...


"Kenapa aku sorang je yang kena Demam Denggi??? ~ "wonderPet"

6 comments:

  1. Kasihan wonderPet..apa yang penting? kerjasama..hah ambik obat ko, kerjasama sensorang kat wad..hahahaha..org berseronok, ko pun nak berseronok..x perasan yang nyamuk suka kat darah ko..darah dracula la katakan..bnyak darah anak gadis..

    ReplyDelete
  2. waktu sume pelawat yg dtg melawat wonderpet..,kan sume dipakse derma darah kan..,(mgkn ade yg derma dara kot..tak tau la kan..hoho)..,aku dgn rase gembirenye telah lari dr tangungjawab tersebut dgn apamli g jb..,hoho..,darah kite tak same kot 'ko enggang aku manusia..'ehh..??

    ReplyDelete
  3. best cite asal usul wonderpet...,

    ReplyDelete
  4. setelah darah aku di pam dan di konvet ke dalam bandan 'wonderpet" otaknyer merang sampai sekarang kdg2 bila malam die menyamar jadi dracula sambil main piano mengajar angka 2,6,3,7,8 dan 1.355mm kepada macha2 yang lalu di hadapan rumahnya di kg nakhoda,selayang.. (tak silap aku depan katil si laanat ni ada macha mati minum klorok baju kan? sila perbetolkan jika aku silap)

    ReplyDelete
  5. hahaha... cam haram korang kan..... kemain suka ko kutuk aku yerr... celaka ko setan panjang!!!

    ko pun same jer gemuk!! (tapi aku suka page ni) mmg ler aku byk tak der dalam gambar.. ni camera sakti aku oiiii!!!

    ReplyDelete
  6. Anonymous tapi marah = konfirm bekas mangsa denggi. hahaha..

    ReplyDelete